Saturday, December 11, 2010

ZAMAN SEKOLAH-Part 1


Bila sekarang nie..kita selalu berkata2 seronok nya zaman sekolah...tapi bila waktu sekolah..kita fikir bilala nak habis zaman sekolah...

Zaman persekolahan..dari darjah 1-6 pastu dari form 1 hingga form 5..akhir sekali ada yang melanjutkan pelajaran di mana institusi pengajian tinggi/kolej swasta dan lain-lain..

Aku bersekolah rendah dari darjah 1 - darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Petaling, Kuala Lumpur...mmg best sekolah tu..sekolah kami adalah sekolah yang ada bas sekolah sendiri berbanding dengan sekolah2 lain...bangga rasanya,..Jam 6.00 pagi mak dah antar aku kat tepi jalan untuk tunggu bas..masa tu gelap lagi..Kawan baik ku Wati sama2 la menunggu bas sekolah..Nama driver bas tu abg Zul..dia mmg baik dan peramah..dan ambik berat ttg keselamatan kami di dalam / diluar bas sekolah...Tmpt kami adalah destinasi pertama yang abg Zul ambik..pastu bas bergerak ke Kg. Pasir..aku ingat lagi..aku ngan Wati akan turun jap di simpang Kg.Pasir Baru tu utk beli roti canai..dan bas akan masuk ke kawasan perumahan di Kg. Pasir tu utk ambik murid2 yang lain...kami tunggu je la di simpang tu..Kemudian bas bergerak ke area Puchong..Tan Yew Lai, Bdr Kinrara (Kem Kinrara) , Puchong Tenaga dan ke sekolah....

Aku masih ingat lagi kawan-kawan semasa di sekolah rendah..Wati, Azura, Siti Ra'baa, Tini, Fazilah Noranita, Alina, Jamizah, Jeffery, Zambrose, Shidin, Anuar, Khairul ANuar, Mazlan Sharif , Mazlan Ibrahim, Rozana, Rohayati, Siti Sarah, Rashidah Rashid dan ramai lagi. Wati, Zura, Tini & Ra'baa adalah geng aku makan ais krim...he he..Selalu beli ais krim kat kedai apek belakang sekolah..

Aku jugak aktif kat sekolah - semua acara sukan olahraga aku masuk bila sukan tahunan.. Masa tu sukan tahunan pun glamour-SKP buat kat Padang Timur...mmg class...he he..Sambil bersukan..sempat gak gie A&W..nakal x nakal kami..Dulu..bila nak mula berlari je..siap tembak pistol..tu yang menarik dan ada thrill ..Tapi sekarang cikgu guna hellar je..

Masa darjah 6, SKP adakan lawatan ke Singapore dgn bas sekolah kami jugak..mmg seronok pergi sana..bila tahu je nak gie sana...mak,mak cik, jiran2 sibuk la dok suruh beli laici dlm tin (dulu2 inilah barangan yang favourite dikirim)..Lagipun masa tu baru 12 tahun..mana tahu sgt nak shopping kat Singapore..klu sekarang..tentu satu Singapore kami beli kot...ha ha
Aku & Wati beli teddy bear..yg lain x pasti..Pastu bila sampai kat imigresen ..abg Zul takutkan kami-katanya dalam teddy bear tu ada dadah..(abg Zul kata, habis la Shida & Wati kena tahan) hu hu...masa tu muka kami dah pucat..dok percaya kata abg Zul...kesian kami kena acah ngan abg Zul..tapi itu semua kenangan yang cukup manis bersama rakan di SKP..

BYk lagi kenangan...nanti sambung lagi

1 comment:

mizi said...

zaman kanak2 mmg best...kalau la leh patah blik sy nak ubah apa yg patut di ubah...