Friday, February 25, 2011

Bila Rasa Lemah

Kekadang rasa lemah itu kadangkala menyepi diri. Ujian-ujian yang datang bertimpa-timpa, kekdang membuatkan kita rebah dan tersungkur, terkadang cukup satu ujian yang menerpa. Namun beratnya sudah cukup buat kita hilang arah tujuan.

Kekadang kejatuhan yang dialami itu seakan-akan merangut segala daya dan upaya kita. Tenaga yang bersisa seolah hilang entah ke mana dan seolah-olah tiada lagi hari esok.

Mulalah hati kecil ini berkata,,adakah sinar harapan buat kita untuk bangkit kembali.

Lebih mudah kita menyuruh orang bersabar apabila ianya diuji berbanding diri sendiri yang menghadapinya.

Kita hendaklah sentiasa bersangka baik iaitu yakinlah, Allah tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti punya hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa. Allah juga bersama dengan mereka yang sabar. Insyaallah, dengan kesabaran itu pasti akan membuahkan hasil yang kemudiannya kita merenung kembali hikmah yang disusunkan, sambil diri tersenyum.

Ada masanya kita silap dan rasakan yang kita sudah cukup kuat, bagaikan kita telah kebal dari sebarang titik-titik kelemahan. Terkadang, kita rasakan bahawa kita mampu berdiri sendiri sehinggakan kita fikir semua ujian yang datang, mampu untuk kita selesaikan seorang diri. Namun kita sering lupa bahawa hakikatnya, kita ini hanyalah makhlukNya yang serba kekurangan dan lemah. Mampukah kita menanggung semua ujian ini dengan sendirinya tanpa sebarang bantuan? "Allah hendak memberikan keringanan kepada kamu, kerana manusia itu diciptakan (bersifat) lemah ",.-(Surah AN-Nisa - 4:32)

Manusia itu sifatnya tidak akan mampu berdiri dengan sendirinya, jika tidak dia memperoleh kekuatan dari Allah. Bukankah ujian itu datangnya dari ALlah ? Maka, kepada siapa lagi harus kita kembalikan jika tidak kepada Dia Yang Maha Berkuasa? Namun silapnya kita, sering menyombongkan diri untuk bersimpuh memohon pertologannya. Kira merasakan diri kita sudah lengkap sempurna, kuat dan berkuasa. Sedangkan hakikatnya, kita sedikit tidak punya daya jiak tidak Dia mengizinkannya.