Saturday, May 17, 2014

Hati seorang ibu

Ya allah, cepatnya waktu berlalu. Rasanya baru semalam aku menatangmu wahai anakku- Nurul Atiqah binti Zamri .Anak yang lahir pada 20hb September 1996 dan kini kau berusia 18 tahun. Aku merasa sungguh bahagia ketika itu kerana hadirmu tanpa memberikan apa-apa masalah bagiku seorang ibu. Sepanjang ibu mengandungkan mu juga tidak ada apa-apa masalah. Ya Allah, syukur yang tidak terhingga pada mu ya Allah.

Anakku , kini kau akan pergi jauh untuk meneruskan pelajaranmu . Sebagai ibu, hanya doa yang sentiasa mengiringmu walaupun sesungguhnya ibu akan merindui mu yang amat sangat. Ya allah, tabahkanlah hati ini dan merelakan pemergian anak ku.

Ibu doakan semoga kau berjaya di dalam semua bidang yang diceburi dan sentiasa dilindungi oleh allah.