Tuesday, March 15, 2011

Keperihatinan



Kita hidup ini dikelilingi dengan penuh gelagat/ragam manusia dari berbilang bangsa dan wanita & lelaki.

Hatiku sebak, sayu bercampur geram pagi tadi apabila melihat bagaimana jenis kaum hawa yang mementingkan diri sendiri. Hal ini terjadi pagi tadi taatkala aku menaiki komuter dari Hentian Kg. Dato Harun ke KL Sentral. Sewaktu di perhentian aku perhatikan seorang wanita yang berumur lebih kurang 40an bersama-sama dengan 5 orang anaknya-yg berumur di dalam lingkungan 9 tahun, 7 tahun, 6 tahun, 5 tahun dan yang paling kecil lebih kurang 8 bulan (dan anak ini masih didukung). Hampir 5 minit aku menunggu tren..maka tren pun tiba tepat pada jam 7.40pagi.

Seperti biasa, waktu pagi tren penuh dengan mereka yang hendak pergi ke pejabat. Tetapi pada pagi ini, tidaklah sepadat seperti hari-hari biasa. Masih ada ruang untuk bergerak serta bernafas. Wanita berserta anak2 nya ini juga menaiki tren ini iaitu di dalam koc wanita dan berdiri sambil mendukung anaknya yang kecil itu. Yang peliknya tiada seorang pun, yang mempunyai perasaan simpati kepada wanita & anak-anaknya itu. Sanggup membiarkan mereka itu berdiri.

Hatiku memang amat geram masa itu, kerana tiada seorang pun yang memberikan tempat duduk kepada wanita serta anak2 nya. Ada yang boleh masa itu pejam mata -buat2 tidor dan ada yang seolah-olah berpendapat "aku dapat dulu tempat kerusi, kau peduli apa..nasib la..berdiri.
Apakah ini jiwa seorang wanita timur yang penuh dengan adat sopan santun dan nilai murni.

Hatiku memang terlalu geram melihat telatah mereka. Rasa aku ingin saja menyuruh mereka bangun . Mujurlah setiba di Hentian Pantai Dalam, ada seorang wanita India memberikan tempat duduknya kepada wanita yg sedang mendukung anak kecilnya itu. Kemudian barulah seorang lagi wanita Melayu memberikan tempat duduknya kepada anak2 itu. Yang menjadi tanda tanyaku kenapakah setelah 3 buah hentian baru perasaan prihatin ini timbul. Apakah mereka ini perasan bahawa orang sekelilingnya sedang memerhatikan mereka. Entahlah, cuma mereka-mereka ini saja yang tahu akan jawapannya.

Bagi aku, inilah adalah insiden yang kedua dapat ku lihat di dalam tren. Sebelum ini bagaimana seorang wanita melayu yang sedang mengandung lebih kurang 6 bulan dibiarkan berdiri-ketika itu tren memang kosong dan beberapa orang sahaja yang berdiri termasuk aku.
Dengan perasaan geram, simpati aku sengaja menyuruh seorang perempuan yang duduk di depan aku itu memberikan tempat duduknya kepada wanita yang mengandung itu. Nasibla klu perempuan itu hendak marah atau berkata-kata apa2. Bagi aku, cuma ingin menolong wanita yang mengandung itu dari kejadian yang tidak diingini seperti terjatuh atau lain-lain.

Inilah lumrah hidup serta kejadian seharian kita.