Friday, December 10, 2010

ULAM




Apa itu ulam???Mungkin ada juga generasi muda yang tidak mengetahui kelebihan ulam,

Ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah atau sekadar dicelur (direndam sekejap dalam air panas) sebelum dimakan bersama nasi. Ulam juga biasanya dimakan dengan perasa seperti budu, cencaluk atau sambal belacan, sebelum dimakan bersama nasi. Ulam sudah terkenal sebagai hidangan harian utama di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan kadang-kadang bunganya.

Sayur biasa juga boleh dianggap ulam bila dimakan begitu saja. Ini termasuklah sayur timun, kubis dan terung. Selain sayuran biasa, terdapat satu lagi kumpulan ulam iaitu ulam tradisional. Ianya lebih meluas penggunaannya termasuk digunakan sebagai ulam biasa, sebagai bahan masakan seperti penyediaan nasi ulam atau nasi kerabu dan masakan sayur lemak dan sebagai bahan perubatan seperti penyakit kencing manis dan darah tinggi.


No comments: