Tuesday, December 7, 2010

DODOL ORANG KAMPUNG

Apa itu dodol???? Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka bahkan di negeri-negeri yang lain di Semenanjung Malaysia dan proses penghasilan adalah sangat rumit dan memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam.

Mak masih menggunakan cara tradisional/lama untuk memasak dodol nie..Mak belajar buat masak dodol nie dari arwah nenek..Inilah warisan / resepi turun temurun. Kata mak ..guna cara begini rasanya lebih sedap berbanding guna machine pengacau..Mak mampu mengacau dodol sebanyak 10 kg dalam 1 hari..yang mana dodol nie ditempah oleh mereka yang telah mengenali mak..ada bangsa Melayu, Cina dan India.. Especially kalau musim perayaan..mak banyak terima tempahan..Bukan musim perayaan je..kekadang klu orang bertunang dan kahwin juga..dodol mak laris..

Berkat kesungguhan mak..artikel mengenai dodol mak ditelah dimasukkan ke dalam "The Star Newspaper"-



(Mak tengah mengacau dodol dengan hanya menggunakan pengacau yang dibuat dari kayu. Dodol nie dikacau sehingga / lebih kurang 8 jam. Dodol ini dikacau sehingga ianya menjadi pekat)


(Dodol yang telah masak & pekat)



(Emak sibuk menimbang dodol yang telah siap & sejuk untuk dimasukkan ke dalam bekas)

(Dodol yang telah siap dan ditempah oleh pelanggan)

Bagi mereka yang ingin mencuba / membuat tempahan, bolehla hubungi saya..

No comments: