Saturday, February 9, 2013

PEMERGIAN ADIK ADAM SYUKRI


Sebelum ini , hati aku sudah berdetik untuk mengetahu perkembangan tentang adik Adam. Pada 7/02/2013- setibanya aku di rumah aku tergerak hati untuk mencari berita adik Adam..Ya allah, hati aku menjadi gementar dan tanpa disedari airmataku gugur ketika membaca berita kematian adik Adam.

Sesungguhnya, dihati kecil ini berniat untuk pergi melawatnya di HKL, tetapi mungkin aku tidak ada rezeki untuk melawat anak kecil ini. Aku membaca setiap catatan tentang adik Adam dan di blog ini juga aku ada menyimpan youtube tentang adik Adam. Sungguh terharu ketika mendengar lagu ini. Senikata lagu nya cukup menyedihkan dan bisa membuatkan kita menangis tika mendengarnya.

Awan-awan menghitam
Langit runtuhkan bumi
Saat aku tahu kenyataan menyakitkan

Mengapa semua menangis
Padahal ku selalu menangis
Usap airmatamu aku tak ingin ada kesedihan
Burung sampaikan nada pilu
Angin terbangkan rasa sedih
Jemput bahagia diharinya
Berikan dia hidup
Tuhan terserah padamu
Aku ikut mahumu Tuhan
Ku catat semua ceritaku
Dalam harianku



Gambar: 'Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri'.. Ciuman terakhir dari ibu..semoga adik adam bahagia di sana.. Al-fatihah
Ciuman terakhir dari ibu..semoga adik bahagia di sana..AL-FATIHAH

Sungguh menyentuh perasaan..betapa tabahnya ibubapa Adam terutama ibunya..dari detik dilahirkan, menjaga sehingga saat terakhir.

Walaupun tiada pertalian darah dengan adik Adam namun kesedihan tetap melanda diriku terutamanya bila melihat perjalanan hidup adik Adam. Mungkin kerana aku juga bergelar seorang ibu.

Gambar: Perjalanan akhir jenazah adik Adam Syukri di pangkuan ibu

Jenazah adik Adam Syukri di pangkuan ibu


Al-Fatihah..syurga adalah tempatmu adik Adam. Tuhan sayangkan kamu dan buat mama , banyakkan bersabar..Adam pergi kerana Allah sayangkannya.






No comments: