Saturday, July 23, 2011

PEMBAZIRAN DI BULAN RAMADHAN


Tidak lama lagi RAMADHAN akan menjelma dan umat Islam di seluruh dunia akan menunaikan ibadat berpuasa serta menghidupkan malamnya dengan ibadat terawih di masjid-masjid dan surau-surau.


RAMADHAN adalah bulan yang sangat mulia, pada hakikatnya, kita perlu bersedia untuk menyambut kedatangan bulan ini dengan sambutan dan harapan agar ia akan menjadikan kita sebagai manusia yang lebih baik di sisi Allah.



Sepanjang bulan RAMADHAN umat Islam digalakkan memakan makanan yang berkhasiat semasa berbuka dan bersahur, serta ditegah daripada melakukan pembaziran, tetapi malangnya masih ramai dari kita yang memasak terlalu banyak hidangan atau dengan jalan paling mudah ialah membeli berbagai jenis juadah makanan dan minuman yang begitu banyak dijual di pasar atau bazar Ramadan yang dibuka bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan pada bulan puasa.

Adakah kita tidak menyedari bahawa makanan adalah kurniaan Allah SWT yang amat besar untuk kita dan kita akan disoal di akhirat nanti mengenai pembaziran yang kita lakukan?

Disebabkan terlalu banyak makanan yang dihidangkan, kebanyakannya tidak termakan dan akhirnya terbuang begitu sahaja, pembaziran seumpama ini amat dilarang oleh Islam dan menyalahi konsep RAMADHAN itu sendiri.

Ingatlah firman Allah SWT dalam Surah Al A’raaf, ayat 3, “Makan dan minumlah , dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan atau membazir.” Manakala Surah Al Israa’, ayat 26 dan 27, “Dan janganlah kamu membazir, sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan.”


Ketika ramai berpeluang menikmati makanan terbaik untuk diri sendiri dan keluarga sehingga ke tahap pembaziran, kita lupa bahawa masih ada lagi saudara seagama kita g menderita dalam kemiskinan dan kelaparan. Pernahkah kita bersedekah kepada mereka dan sama-sama berbuka puasa dengan golongan ini? Ada di antara mereka yang berbuka puasa cuma dengan segelas air dan kurma, atau nasi yang berlaukkan ikan masin dan kicap.

Ingatlah akan sabda Nabi Muhamad SAW, “Lawanlah nafsu makanmu dengan menahan lapar dan dahaga kerana ganjaran pahalanya sama seperti berjihad di jalan Allah. Tidak ada pengabdian yang lebih besar kepada Allah daripada menahan lapar dan dahaga.”

S
esungguhnya ketahuilah bahawa bulan RAMADHAN adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun dan Allah SWT menghendaki semua hambanya memenuhi bulan tersebut dengan amalan ibadat, ketaatan dan taqarrub kepadaNya untuk menyuci diri.

Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat-sifat keras hati dan keterlalulan dan semoga RAMADHAN ini akan dapat membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin.


No comments: