Friday, December 10, 2010

SAWAH PADI...


Aku rindukan kehijauan sawah bendang yang terbentang luas...Aku juga di lahirkan di kawasan sawah padi iaitu di Sg. Besar dan ketika usiaku 1 tahun - abah dan emak berpindah ke Petaling Jaya. . Aku rindukan suasana memancing di sawah dan berlari-lari di batas sawah..oooh rindunya..

Walaupun jarang aku dan keluarga balik ke kampung tetapi di sudut hatiku masih ada rasa kerinduan yang amat sangat. Aku rindukan arwah nenek yang telah pergi lebih kurang 3 tahun buat selama-lamanya. Aku kagum dengan sikap sabar dan keberanian arwah tinggal seorang diri di kampung....Arwah juga kerap berbasikal untuk membeli lauk atau ada urusan bank di Pekan Sg.Besar.. rasanya aku pun tak mampu berbuat demikian..itulah kegigihan arwah nenek...Setiap kali kami pulang ke kampung,,, terpancar kegembiraan di wajahnya..dan kala kami bersiap2 untuk pulang ke KL...berbagai soalan akan ditanya..dan lambaiannya akan mengiringi kami setiap kali kami pulang..Sebagai insan biasa..aku dan keluarga redha dengan pemergiannya..dan al-fatihah buat nenek - semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..

Kini, setiap kali aku terpandang sawah padi...aku akan teringat suasana di kampung di Parit 5 Timur , Sg Besar.


4 comments:

mizi said...

mmg best blik kg...

shida said...

betul tu Mizi..rindu suasana di kg.

shida said...

Mizi..jgn lupa singgah kat blog anak auntie ye..www.sweetsourherethere.blogspot.com

mizi said...

yup..baik auntie...