Saturday, November 27, 2010

TELATAH ANAK-ANAKKU


Anak-anakku ini memang banyak telatahnya yang kekadang buat aku geram, marah, gelak atau senyum sendiri.

Nurul Atiqah - anak yang sulong mmg suka bergambar, lepas tu dia rajin pulak edit gambar..konon-konon cantik la..apa-apa pun memang anak aku yang sulong ini ada potential jadi professional photographer. Dia ada bakat dalam fotografi..Tapi cita-citanya nak jadi doktor..mudah-mudahan tercapai hasrat dan cita-citanya. Dia juga ada facebook. myspace, blogspot dan macam-macam lagi. Friendlist dia dalam facebook...mak oi..ramai betul..klu x silap lebih 1000 orang...kalah artis anakku nie..he he...(kakak- ibu akan check semua comment-comment tu - klu x ok...siap ye).Nie blog Atiqah : http://sweetsourherethere.blogspot.com

Yang bongsu- Nurul Afreena..dia nie suka melawa dan bergaya..katanya nak jadi model atau artis..he he. Selalu tanya aku..macammana nak jadi model kanak-kanak..Selain tu dia nie bijak lebih-lebih lagi klu bab facebook..habis semua di komen..bak kata kakaknya..dah start sayang (nama panggilan) merapu-rapu..entah apa yang ditulis..Walaupun usianya baru 7 tahun dan tahun depan (May'2011) baru 8 tahun,,tapi setiap apa yang ditulis dan dikomen ada relevannya..tak caya addla NURUL AFREENA ZAMRI- kat facebook dan tengok apa yang dia komen.

Muhamad Hakimi- anak bujang sorang yang berumur 10 tahun.. Tiap masa/waktu dan ketika..tak ada benda lain...asyik games saja..celik je mata dari tidor terus bukak PS2..bukannya dia ingat nak berus gigi atau breakfast . Memang selalu aku bebel kat dia tapi x ambil peduli..Bila aku marah je...dia akan kata..ok ibu..adik makan sekarang..itu je la modal dia...apa-apa pun kekadang aku gelak sendiri tengok perangai anak lelaki aku sorang nie....Dia nie jugak boleh dikatakan pakar IT...bab-bab PC / laptop ada problem..blh tanya dia. Itu kelebihannya kerana dia belajar dari ayahnya..bab kata orang - LIKE FATHER LIKE SON...

No comments: