Wednesday, November 24, 2010

anak-anakku

ANAK adalah anugerah yang sangat bernilai kepada pasangan suami isteri, kerana dengan kelahirannya menam bahkan kasih sayang seisi keluarga. Lebih penting, anak mewarisi keturunan, sekali gus menjadi generasi pelapis selepas ibu bapanya kembali bertemu Allah.

Mereka juga akan mewarisi apa yang kita tinggalkan serta menyambung kehidupan dan tamadun manusia. Mereka akan menjadi khalifah di atas muka bumi ini dan dengan sebab itu, ada orang menggelar anak kecil dengan panggilan 'the little caliph' (khalifah kecil).

Alhamdulillah dan aku bersyukur kepada ya Allah, kerana telah dianugerahkan dengan 3 orang cahayamata yang sangat tinggi nilainya.

Anakku yang sulong NURUL ATIQAH ZAMRI kini telah berusia 14 tahun, no.2 - MUHAMAD HAKIMI B. ZAMRI (10 tahun) dan yang bongsu - NURUL AFREENA ZAMRI berusia 7 tahun. Kehidupan rumahtanggaku cukup complete dengan kehadiran 2 orang puteri dan seorang putera

Tiada apa yang ibu mohon dari kalian wahai anak-anakku..apa yang diharapkan semoga kalian berjaya di dalam pelajaran, kehidupan di dunia & di akhirat . Jadilah kalian anak-anak yang soleh dan solehah. Menjadi sebagai insan yang dihormati dan dihargai

No comments: