
RAMADHAN adalah bulan yang sangat mulia, pada hakikatnya, kita perlu bersedia untuk menyambut kedatangan bulan ini dengan sambutan dan harapan agar ia akan menjadikan kita sebagai manusia yang lebih baik di sisi Allah.
Sepanjang bulan RAMADHAN umat Islam digalakkan memakan makanan yang berkhasiat semasa berbuka dan bersahur, serta ditegah daripada melakukan pembaziran, tetapi malangnya masih ramai dari kita yang memasak terlalu banyak hidangan atau dengan jalan paling mudah ialah membeli berbagai jenis juadah makanan dan minuman yang begitu banyak dijual di pasar atau bazar Ramadan yang dibuka bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan pada bulan puasa.
Adakah kita tidak menyedari bahawa makanan adalah kurniaan Allah SWT yang amat besar untuk kita dan kita akan disoal di akhirat nanti mengenai pembaziran yang kita lakukan?
Disebabkan terlalu banyak makanan yang dihidangkan, kebanyakannya tidak termakan dan akhirnya terbuang begitu sahaja, pembaziran seumpama ini amat dilarang oleh Islam dan menyalahi konsep RAMADHAN itu sendiri.
Ingatlah firman Allah SWT dalam Surah Al A’raaf, ayat 3, “Makan dan minumlah , dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan atau membazir.” Manakala Surah Al Israa’, ayat 26 dan 27, “Dan janganlah kamu membazir, sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan.”
No comments:
Post a Comment